Thursday, August 20, 2015

I GOT YOMES YOP!

First of all, Alhamdulillah I got the chance to further my study at yomes (UMS) which is located siiiiini Sabah. Alhamdulillah syukur. 

This is because I don't have to worry about homesickness level 10 out of 10 again and again. It was sucksss man. Missed family. Missed home. Missed everythings.

Plus, I don't have many friends at Palam. I don't have any friends from St. Paul or Beaufort at least to talk with when homesickness strikes me. This is Faiqah's fault because she chose Matrik instead of Palam. HAHAHA just kidding peka kotkot kau tejumpa entry ne mohon rasa bersalah hahaaha sekali lagi wani is kidding walopon talawak. TAPI, Alhamdulillah even though we were not at the same place during our foundation year, but we will be in the same university in 'degree' life walopon we are not in the same course. We still can meet each other maa kalau rindu :P
.
.
.

Pilih course yg aku inginkan/impikan/cita-citakan adalah bukan perkara yg mudah untuk aku pilih time isi UPU. Sebab apa? Sebab aku tiada cita-cita yg tetap. Cita-cita aku berubah-ubah. Tapi more to tiada cita-cita. Tiada arah tuju. Tiada matlamat hidup. 

Masa isi UPU, apa yg aku mau, aku mau UMS. Sebab apa? Sebab dekat. Sebab tidak mau homesick. Kenapa? Penat menangis. Rasa down gila. Tiada semangat. I don't know why. Bukan juga mau kasi salah housemate. Tapi serious bila semua housemate tiap minggu balik, rasa down gila. Tinggal bedua dengan roommate. Kalau lagi tebaca Talibanggg balik rumah hari Jumaat tu alalaa macam mau call taxi bawa pigi epot lepastu balik palam balik hahhaa ini serious pernah terlintas di otak aku. Masa sem 1 la. Sem 2 nangis sekali dua ja.

Masa sem 1 tu, kalau boleh tiap minggu nangis. Serious i tell u. Call mama menangis2. Sebab malu dengan roommate, keluar pg ruang tamu menangis teresak-esak. Sama juga dengar satu rumah haha. Tapi haih malu tolak tepi yg penting nangis. Kadang best juga nangis homesick. Serious best haha enth kenapa. Kalau roommate pujuk, makin mencurah-curah air mata. Alaahaiii.. pastu cakap dengan rumet jangan pujuk wani kalau nampak wani nangis.

Sampai ada satu hari tu, mama call aku. Mama nangis-nangis. Tanyalah kenapa mama nangis? Mama jawab sebab mama rindu. Lepastu tuduh aku telampau ingat mama sampai mama tenangis. Hahaha sabo ja aku. Tapi memang pun telampau pikir mama. Sorry maa.. :(

Walaupun aku dapat kos yg bukan aku idam-idamkan, tapi aku cukup besyukur sudah aku dapat yomes. Aku redha ja kos apa yg aku dapat sebelum result UPU keluar asalkan aku dapat yomes. Aku bedoa supaya aku redha dgn semua ketentuan Allah. Ya aku redha. Walau apapun kos yg aku dapat, aku pecaya perancangan Allah tu cantik. Semua agama kot percaya dengan ketentuan Tuhan.

Sebenarnya la kan, kita kena ikhlas belajar sesuatu tu kerana Allah. Bukan beriya-iya mau dapat kerja yg gaji tinggi-tinggi. Ya memang belajar tu utk dapat kerja. Tapi apapun kita kena letak Allah yg paling atas barulah pelajaran pun berkat. Yang penting kau usaha, doa dan tawakal. **AKU CAKAP BEGINI BUKAN SEBAB AKU NE TUNJUK ALIM KA USTAZAH KA APA TAPI SEBAB AKU PERNAH TEBACA DI MANA TAH DAN MEMANG ITU LAH KENYATAAN DIA**

Ada orang belajar tinggi-tinggi tapi lepas grad tiada kerja. Semua pun risau benda ne kena dgn diri sendiri. Semua org pun mau berjaya. Semua orang mau dapat kerja. Semua orang mau gaji besar. Mau kaya. Mau ada duit sendiri. Pg belanja mamababah. Pg melancong. Semua mau begitu termasuk aku. Tapi dalam masa yg sama kau bepikir dapat ka aku buat semua tu, nanti grad kerja apa la aku ne, dapatkah aku kasi bahagia mamababah, dapatkah aku balas jasa dan pengorbanan mamababah? Yg banyak berkorban masa, wang, tenaga kasi besar anak-anak tanpa mengeluh. Haih menaip pun rasa mau nangis ingat pengorbanan ibubapa ne. BANYAK. MEMANG ANAK-ANAK NDA TERBALAS SEMUA. Mama x suruh pinjam PTPTN sebab xmau menyusahkan kami kemudian hari semata-mata bayar hutang PTPTN. Kau rasa? Mama sanggup guna duit mama bikin bayar yuran. Ne kalau malas belajar lagi x tahu la mau jadi anak apa. Anak derhaka pun boleh jadi.

 Apa yg penting sekarang belajar dulu. USAHA, DOA, TAWAKAL, USAHA, DOA, TAWAKAL. Tiga aspek hidup yg mesti diamalkan oleh siapapun. Berdoa dapat kerja yg baik-baik. Berdoa dapat membahagiakan org tua. Berdoa jadi anak yg solehah. InshaaAllah nanti jadi anak yg berguna.

Baca blog sepet sedikit sebanyak buka mata aku pasal realiti kehidupan. Ada satu entry sepet bikin aku tebuka mata. Tapi x ingat entry mana, malas mau cari :D
Dulu sepet ambik pharmacist. Pastu dapat kerja di hospital. Sebab xtahan kerja hospital dia berhenti kerja. Sambil tu buat part-time bisnes online. Jual product orang. Sampai aku pun iyaya juga pigi beli product lepastu mau belawan kenok sama si cyn siapa paling duluan lawa. Sampai sekarang ok masi belum capai target hahaha.

Dan sekarang sepet ada produk sendiri sudah. Seqy Beauty. Dia x jual produk org lain sudah. Kesimpulan dia, x semestinya kos yg kita belajar skrg ne akan jamin masa depan kita. Ramai ja pun org belajar kos lain, kerja kos lain. Tapi macam sepet ne, ada hikmah kenapa dia berenti kerja. Bermula dari jual produk org, lepastu dia jual produk dia sendiri. Semuanya pun bermula dari bawah. Tiada org terus2 berjaya. Yg penting usaha.

Sekarang aku guna product seqy beauty btw HAHA. Sebab aku pecaya ingredients dia ne selamat digunakan. Sepet kan pharmacist. Mesti la dia tau kebaikan keburukan bahan yg dia guna bikin produk tu. Semua product pun ada bahan kimia btw. Tapi sebab dia buatan Malaysia, lagi-lagi Muslim, jadi aku pun beli lah dengan senang hati tanpa was-was. :D

#bila baca balik macam entry luah perasaan haha siapa baca sampai habis i love u.

Bye..

No comments:

Post a Comment