Saturday, June 27, 2015

Laman Seni Seksyen 7 & Chemistry Lab Cafe

I have nothing much to say for this entry. Just enjoy the pictures I uploaded.
*haaa nampak tak aku berjinak-jinak cakap omputih. kau perati ja lh, then judge. pastu nanti kau pm aku grammar error aku because i never ever eber tweet, post (and so on) in English. Kalau ada pun lirik lagu.
**kalau jodoh sedang perati mesti xjadi stalk sda lepasne sbb byk grammar error (acah-acah kisah hanishairul. jodoh pasti bertemu bang oi tengah dengar afgan nyanyi ne haa macam sesuai sangat masuk sekali lirik tu di sini *insert emoji adek angkat tgn paras telinga, emoji keluaq hingus)

Tebaca satu tweet di twt:

'Learn to speak and converse in English. Biar grammar berterabur asal tak pernah berhenti berusaha.'
Marilah mula berusaha wpun rasa telambat (nanangis).
Better late than never.

First of all, let me introduce you my girls of that day.


Aya



Dinee



Ana



 Farah

*Photos credit to Pqa because she is iphone user (hahahaha) and so yeah she didn't send her pics to me sobs*





Bekawan dgn kawan yg solehah ne terus kau pun nampak macam solehah.
Hehe yeke yeke? Doakan aku pun solehah juga. InsyaAllah. 





 Coincidence? It's like buy 1 and get 1 free. Hahaha anyhow, I love this picture.







My partner in crime gicuuu. Walaupun kadang gaduh. Tapi kejap jak :*



Seksyen 7 ne ibarat syorga kain/jubah/baju/tudung. Semua butik online di ig yg famous2 tu ramai di sana.

Masing2 beli baju, aku ja tidak sebab duit tacukuppp..

After Asar, we went to Chm Cafe..






That coffee in the jug was mine. (Dont remember what type of coffee I ordered)
Minum sampai high >< banyak gilak boleh dapat 4 tin coffee kali yg bejual di kedai tu. And the price was sooo aaa.. above RM10. But I dont even care as long as we enjoyed the moment. Nak sangat kan. Hehe. Once in a lifetime la kot. If and only if I dont further my study in Selangor this Sept. Hahaha if not, I will go there again to take more pictures as much as I can in the cafe cuz we dont have a chance to take more pics on that day as there are so many customers that day. Terbatas dan malu pun ada jugak :D



Happy tummy happy us.
Lepas dari cafe ne terus pi rumah Matyo's uncle for kenduri khatam Al-Quran. 
Makan lagi naaa kau selagi mampu. Heweww..

Wani was soo happy to go out with you all, has friends like you all and of course I had a great time with them for sure.

Happy to know you during Asasi.

See you when I see you :)

Thursday, June 25, 2015

Girls Day Out Part 1

Sem 2 banyak keluar pagar uitm. Dah start nakal dah dia sewa kereta pi KL dah dia tudia nendia.


 Lighting lebih-lebih pun jerawat timbul tetap juga nampak jelas dan nyata apa ada hal kau sabar ja la InshaAllah ploles juga satu hari nanti kau jangan tanjat pulak nengoknya nanti ! 
(Cuba positif cuba zoom)
.
.
.

Haritu turun KL sebab Ana bawa pi kawin Macik dia di Sri Petaling (?)
So, Ana bawak la iols diaols diaols dan diaols yg dia rasa penting dalam hidup dia. (Hihitipuje)


Dari Palam punya la rushing semacam. Tunggu abg sewa kereta lambat. Acara jam 12. Jam 10 masi di Palam. Ana x tentu arah. Atok dgn family Ana semua sudah otw dari Negeri 9 katanyaaa.. 

Dinee pun drive punya la laju Ya Allah. Ingat Allah ingat mamababah ingat mati ja aku masa dia drive. :D

Sekali sampai dewan masi kosong. Belum ramai orang. Family Ana pun belum sampai. HAHA kecoh ja lebihhh. Maka, betenggek la di luar dewan tu selpieee ofkos.


Minah ne mintak-mintak candid ek elehhh you ada photobombed kat belakang. 


Semua xmau pakai baju kurung. Pakat pakai skirt. Karang ada yg kena umpat segerombolan anak dara pakai jeans pg org kawen. Tanak la macamtu. Mana tau ada jodoh tgh perati masa tu haaaa caruttt!


Pqa bidan terjun jadi pengapit. Ana xmau jadi pengapit sebab masa reception di Jelebu debilang dia malu jadi pengapit hahaa pun boleh Naaa..


Peace menjadi! (tidak pandai buat peace, asal peace memang jari kelengkeng pun ikut keluar juga)


Semoga berbahagia hingga akhir hayat Maksu and Paksu Ana :)
Sebelum terlupa, makanan yg kena hidang sumpah sedap. Astaghfirullah nasib la malu masa tu, klu x mmg tambah 2x. 

*sambung part 2 nanti..*



Wednesday, June 24, 2015

Trip to Melaka

Ice breaking? Field Trip? 

Sekali lagi aku lupa. 

Tujuan dia yg aku ingat bilang sir haritu is untuk membolehkan kita saling kenal each other. Sebab masa tu masih first sem lagi.

Yg penting, every student kena bagi peruntukan RM40 (kalau x silap) untuk buat aktiviti. X kira la aktiviti apa.

So, kelas kitorang (kitorang you!) decided to go to Melaka. 

RM40 yg kena bagi tu xcukup untuk bayar hotel dll. So, kena tambah RM40 lagi. Tiada apahalll selagi masih ada duit. (Lagipun elaun asasi baru masuk masa tu)

9-10 August 2014


View from our room.


Woi first time woi tidur hotel dengan kawan. Sebelum ne tidur asrama ja paling vogue. Paling extreme pun tidur di khemah.

Serious best. Lagi-lagi, tepayah berebut katil bagai.

Satu bilik, 3 orang. 
(Wani, Pqa, Ana)

Kau tengoklah macamana heaven bilik dia. 1 katil queen, 1 katil single. Selesa nong!

Stay hotel dengan family lagi la tidak mcm begini. Mesti ada yg tidur di lantai. Bhahahaha.


Besyukur dapat tengok TV sebab lama x tengok TV masa tu. Yalah rumah Palam manada TV.


Nah sebelum sampai hotel, singgah makan di Klebang. Terkenal kot Coconut Shake ne di sana. 

Tapi sebelum makan ne, ada singgah entah apa nama yg mcm tempat sains2 yg budak sekolah selalu pegi. *tiada gambar*


Lepas check-in hotel, solat apa semua, kami punggg jalan la pegi bandar Melaka. Jalan kaki ok. Bukan dekat tapi jauh. And ketibas ofkos. (Cuba tgk view dari bilik aku tu di mana menara taming sari, menara paling tinggi tu, bukan nda jauh tu jalan kaki dari hotel pigi sana huhu tapi xrasa la sbb jalan ramai-ramai)
Round la semua A'Famosa tu, masuk mall, keluar mall.


*semua pun gumbira :)*
.
.
.

Malam tu dinner di hotel. Luar hotel. Kira tempat terbuka la gitu.
Makanan tu semua sudah masuk bajet. Tinggal duduk dan makan. (Makan kaut sendiri la tapi. Buffet)


Ttba belioqqq tgk cakes ne. Haihhh


Makanan not bad. Sedap. Menambah jugak la. Lagipun duduk dekat makanan, tambah-tambah jangan malu-malu.


Dan ada karaoke malam tu. Ish trip havoc pula buat konsert luar hotel haha. X sangka lelaki kelas aku majoriti pandai nyanyi. Ipeiii yg pendiam ya ampun dalam kelas tu ttba karoke atas stage. Tekesima woiii dengan suara dia.

Sir lagi ttba suruh aku dengan Pqa menyanyi di depan. Sir memang ne cari pasal ja keraja. :D
Kalau x menyanyi pun at least pegilah membudayakan etnik2 di Sabah bilang Sir.
Ihh, menari Sumazau kunun? :D
Walaupun kena paksa, tetap tiamau pigi di dapan. Ih malu kalee.

Before makan tu naik river cruise lagi sebenarnya. Baru makan.
Naik cruise tu pakej kot kalau xsilap. Sekali dengan hotel.

O yeah, hotel senang dapat sebab kakak classmate aku (kaka si Rifhan ne kerja di hotel ne. So senang la to deal with)



Lepas makan, dalam jam 11 gitu, ada yg masih belum mau naik bilik. So minta izin dgn sir untuk keluar jenjalan. Sir bagi green light. Yeshhh.. 

Ada yg mau pegi funfair, ada yg mau pigi Jonker Walk (aku sebenarnya yg bawak pegi JW sebab mau beli chopstick babah kirim haha)

Best jalan memalam. Jalan kaki. Seram sebab ramai juga lelaki betenggek2, org yg x betul. Tapi nasib la juga lelaki class tu baik hati mau bagi kawan.

Sir ikut drg yg lain pi fun fair. Drg cakap, Sir muntah lepas naik funfair. Pastu, Akmal bagi jaket dia untuk lap muntah Sir. Ahh sweetnya Akmal.

Mgkn lepas makan tu la sir muntah. Atau pun pembawakan anak.
 Haha sebab lepas balik dari Melaka tu sir ada bg tengok link pasal 'bolehkah lelaki mengidam' dalam dewan kuliah. Something laidat la tp in english. 

Kelas aku pun terrrketawa sebab kami ja faham. :'D

Balik hotel dekat jam 2 pagi jugalah.
.
.
.

Esoknya balik Palam. :'(


Sir Ikhwan mentor B1, since our first semester in foundation.
Merangkap Sir Physics. Paling spoting.

*Susah tau mau tidur dalam bas masa tu sebab sir duduk kerusi depan sebab sir akan ambik gambar orang yg tidur lepastu send di group wasep lecturer phy. Sobs*

Thanks for the memories guys. xoxo

Ramadhan di Perantauan.

Title macam kau belajar di London. Booo. 

Tapi masi boleh kira jauh dari family jugak la, naik kapal, seberang laut.


*kena upload juga walaupun gambar gegar*
First day of puasa last year, I got the chance to sahur and berbuka with Syaza's family. And it was my first Ramadhan Wani was away from her family :D Babak air mata pun bermula. Stay rumah syaza for 3 days and 2 nights? I dont even remember.

But the day before Ramadhan, parents Syaza bawak keluar pegi i-City.
Ok la sebab haritu pegi waktu siang tiada lampu-lampu. Ambik gambar pun sikit ja sebab malu. Siapa malu, rugi.  


Boleh la asal ada.


Syaza Mira Wani.
MiraWani ne bukan budak Selangor. So, asal weekend ja memang teperap di bilik.



Ber-4D dgn Mak Ayah Syaza. Haha. 4D ka 5D?
Thank you uncle aunty sebab masak sahur, masak utk bebuka, bawak jalan, bawak round Shah Alam dan bawak pi Terawih. Thanks for the memories.
(If and only if mak ayah syaza tau dan baca blog ne :'D)
.
.
.


Kalau mau tau, rasanya ini lah first and last kami siblingsseparuhmasa (housemates) keluar sama-sama. HAHA. I mean all of us. Six of us. Masa ne puasa tau. Konon lepas puasa tu berangan keluar sama-sama lagi ber-enam. Hmm tadakkk. Semua balik rumah tiap weekend. :'(

# Couple belakang tu rupanya budak satu batch jugak. Sampai rumah baru kecoh cakap laki tu hensem. Hoiii, usya orang tak ajakkk. *sebab aku duduk membelakang dorang **sampai sekarang xpernah kenal couple tu haha kecoh



Aku lupa tah apa nama kedai ne.
*lol muka telebih putih so scary*


Cari kedai tempat bebuka pun round satu mall. Kedai ne mahal, kedai ne makanan x sedap, kedai ne org dah reserved. Last-last pajal ja la masuk kadai jual pizza tiada nasi atas kata sepakat bersama. :)


Syaza tazabaarrr tunggu berbuka.


Oh ya before berbuka, let them took a mirror selfie first. (Wani Lela enth mana) How dare you Arisya took a picture without us. Sobs.


Outside Setia City Mall building. 
Kira mall paling dekat la ne student uitm palam boleh pigi walaupun xla dekat sangat. Macam polikk-1Borneo gitu jugaklah.
.
.
.



Ok last. Naik bas free pi bazaar Shah Alam 2 eh? Haha lupa. 

Ok jugak la puasa di sana. Xjuga kejutan budaya lambat bbuka. Sahur Nestum ja, malas makan. :P




Tuesday, June 23, 2015

Detik Perpisahan


Tajuk boleh rebus asam pedas.
Paling lemah cari title apa yg sesuai.



Tudung biut tak apa :) 


'Muka Wani ikut Abah'
Sampai sekarang xtau part mana yg sama.
Tapi kalau sudah namanya anak, mmg la sama.
Kita xnampak, tp orang lain nampak.
Begitu juga perangai.
Perasan diri baik.
Tapi org lain nampak perangai baik buruk kita.
Xkisahlah org mau judge aku, aku pun judge org jugak sometimes.
Takisahhh. Asal berpada-pada lol.
Kalau xberpada-pada, pandai juga panas. :D
TTBA CERITA LARI TOPIK KAU APAHALLL.



Put on my cadar without anyone's helps.
Perlu ka pasang cadar pun mesti org tolong?
Hahaha sbb masa tu mmg sedih. Yalah semua family tolong2 kemas barang roommate. Asdfghhjk jadi memang perlu la aku pun kena tolong. Memang patut pun aku sedih.
X kena tolong pun at least ada mamababah tengok. Huhu sabaa je haku.


Nampak nda macamana tegang katil aku? Saja show off. :D Tapi itu first week ok first week! Nampak rapi ja.
Start kuliah lintang pukang.


Monday, June 22, 2015

First Day in Palam?

Assalamualaikum. Hi.


Entry ne cerita pasal life aku masa mula-mula masuk Asasi duuuulu. 

Alhamdulillah lepas result SPM keluar, dapat tawaran further study di UITM Puncak Alam. Enth la gembira ka hapa masa tu. Rasa macam sedih sebab ramai kawan dapat Asasi UMS. Hahaha. Hoiii siapa xsedih. Sudahlah semua dapat ums aku sorang ja dapat jauh Ya Allah naik flight baru sampai u know. 

Lepastu, budak2 ums buat group wechat. Dalam group tu drg cerita pasal dokumen apa mau sedia, apa mau bawa, baju berapa helai, kuliah baju macamana, dll. (Ini pun aku cerita sebab ahhh supaya aku ingat macamana group tu wujud)

Dan dalam group tu, aku salah satu member dia. Aku ja la kali sesat budak uitm dalam group tu. Rasa menyesal pula nda pilih ums masa tu. Sebab apa? Sebab masa isi upu hati bermonolog 'nemau pilih ums sebab dekat ja'.
Nah menyesal lh nasi sudah jadi bubur.

Tapi lepastu boleh move on sudah. Kena kasi positif diri kenapa aku dapat jauh. Semua yg berlaku pun ada hikmah kan :) 

Walaupun begitu (haha!),

1 June 2014: Terbang KKIA-KLIA. KK pigi KL pun awal2 lagi sudah tepisah flight dengan parents. Kau rasa? Sebatang kara sangat. Tunggu lagi sejam lebih baru drg mamababah sampai KL. Blablablaa ambik teksi terus check-in hotel. (Frenz hotel?)

Petang ke Sogo cari bantal, cari apapa yg patut. Malam dating dengan babah round Masjid Jamek. Bukan dinner hotel 5 bintang. Haha.


Pemandangan dari bilik.

2 June 2014: Pagi-pagi lagi sudah betolak pi Palam. Perasaan? Xberapa ingat. Sebak la kot. 

Sampai uitm terus daftar.
Lepas daftar, bagi turun barang dari teksi, lepastu bawa naik pigi bilik.
Palam punya tempat penginapan macam apartment. (Part ne yg aku suka bila dapat Palam sebab tandas dalam rumahhh).

 Rasanya aku la org first masuk dalam rumah tu. Lepastu masuk la budak2 yg langsung aku x kenal. Dan roommate pun bagi salam. :D

Masa tu mamababah sekejap ja. Tolong angkat barang, lepastu xsampai 30minit kot, terus pulang. Teksi yg kami catar tu teksi meter. Enth, kereta berenti pun meter jalan. Seteresssss!

Sebelum mamababah pulang tu peluk cium la dulu kan. Air mata masi belum mengalir tapi betakung. Lepas mamababah keluar rumah, masuk semula ke bilik (lol), ndatau mau buat apa masa tu. Sebab family roommate aku semua dalam bilik tu. Aku? Macam tunggul juga la. Awkward. Duduk2 ja di katil. Apa parents roommate aku tanya, aku jawab. Roommate aku nama Mira. And tiba-tiba, Mak Mira cakaplah dengan aku, 'pegilah sarung katil'. Dan Wani pun sebak sedih nanangesss sbb roommate semua mak yg tolong. Masa buka luggage carik cadar tu rasa macam mau bubut ja dorang mamababah di KL. Hahaha perangaiii..


Bilik weolss. Ini ja gambar bilik yg ada dalam phone. Yg acah2 bersih cadar tegang, meja rapi tu enth mana sudah gambarnya. Katil aku sebelah kanan. Roommate suruh gabung katil semenjak ada kawan satu batch meninggal sebab jatuh. Al-Fatihah. :'(

Eh lepastu paling sadis lagi, setiap pelajar yg daftar tu kena bagi kupon untuk beli makanan. *masih cerita first day masuk palam lagi ne* Mau tau apa jadi? (Macam ja ada org respon tanya begini), aku turun makan sendiri2. Tiada kawan. Mamababah masa tu sudah pulang. Di kafe tu, semua students makan dengan parents. Roommate pun makan di luar dengan family. Aku ne macam pelarian pun ada hahaha!

Petang jam 3 tu pun start sudah orentasi. Orientasi not bad la activity dia wpun xcukup tidur. Bangun jam 4subuh, jam 12-1 pagi baru habis orentasi. Tidur xsampai 3 jam. Homesick pun bermula. 

First day orentasi tu, malam tu ada kena bagi macam ceramah ka motivasi tu. Bekait lagi dengan ibu bapa. Nah. Menangis naa kau anakkk. Lepastu penceramah tu suruh la sms parents cakap terima kasih sama parents sebab susah payah hantar anak2 belajar blablabla. Aku menangis sudah. Org sebelah masih steady lagi woiii bila kau mau nangis? Berkata aku di dalam hati. :D Sampai rumah terus wasep mamababah. Emosinya malam tu. Lepastu, housemate semua start bekenalan. Start ronda2 bilik. Aku ok ja masi masa drg yg lain bekenalan each other. Bila part aku kena tanya nama, ttba aku nangis. Oi org tanya nama ja kot. Hahhaha pun nangis. Sedih la kau ne Waniii..

Ttba ngantuk. Haha.
Sambung nanti.
Byee.